2010/03/01

PENGESAHAN PIAWAIAN & HASIL UJIAN PRESTASI


Dr Chompusakdi Pulket, PhD (Cincinnati Universiti, USA) telah membuat ujian prestasi selama 6 bulan ke atas mesin SG2000 bagi mematuhi piawaian berikut:

> ISO 9000
> ISO 17025
> JIS (Japanese Industrial Standard)
> NIOSH (National Institute Occupa- tional Health and Safety, USA)
> FDA (Federation Drug Association)

Dr Pulket turut dikenali sebagai Timbalan Pengarah Pusat Makmal Toksikologi Alam Sekitar dan Kesihatan Pekerjaan serta Setiausaha Persatuan Pembangunan Kesihatan Thailand.


Ringkasan Hasil Ujian Prestasi ke atas Home Spa SG2000:

# Oksigen yang dikeluarkan dalam air dan udara mencecah sehingga 289 kali ganda melebihi keperluan normal

# Tahap kepadatan oksigen aktif bercampur ozon adalah di antara 0.01 - 0.03 ppm (mengikut standard antarabangsa)

# Gelombang supersonik menghasilkan anggaran 1127 buih urutan sesaat. Pengaliran haba dianggarkan 1158 k/cal untuk tempoh masa 10 minit spa yang menyamai 3km larian.

# Penghasilan ion sepanjang ujian prestasi mengesahkan spesifikasi peralatan.

# Kestabilan pengaliran dan tekanan udara adalah disahkan 46 liter per saat.

# Berdasarkan pengamatan perlaksanaan keputusan German Lab, arus elektrik yang digunakan mengatasi tahap standard keselamatan.

# Home Spa SG2000 diperakui sebagai peralatan perubatan terkini.


Perakuan Keselamatan dan Kualiti

Mesin SG2000 telah menjalani ujian tahap keselamatan dan kualiti. Ia telah dipasang selama 60 jam tanpa henti untuk menguji ketahanan sebelum dipasarkan.

6 POSISI MANDIAN SPA


Urutan buih setiap posisi tertumpu pada bahagian dilabel kuning:

Mencangkung

Fokus: bahagian bawah badan

Kesan: menseimbangkan hormon





Duduk

Fokus: titik akupuntur di bawah tapak kaki (refleksologi terbaik), dalam dan luar peha.
Kesan: meningkatkan penyaluran limfatik (bendalir yang membantu peredaran darah).


Bersila

Fokus: lutut dan sendi
Kesan: mencepatkan kesan senaman, menguatkan bahagian kaki dan meningkatkan pengaliran darah.




Membongkok ke depan

Fokus: dada, perut dan buah pinggang
Kesan: menyegarkan sel di bahagian perut, hati, usus, pundi kencing dan dubur





Melentang

Fokus: lengan, bahu, tulang belakang
Kesan: meningkatkan kadar metabolisma dan pengaliran darah




Mengiring


Fokus: bahagian tepi, buah dada, pinggang
Kesan: mengembalikan bentuk badan



GARAM SPA MOYA

Garam spa MOYA kaya dengan kandungan mineral semulajadi seperti magnesium, kalium, zink, natrium, sulfur dan klorida.

Produk spa SG2000 dicipta khas untuk membantu penyerapan setiap jenis garam ini.

Garam herba spa MOYA:
~ digali dari lapisan garam mineral pada 100 meter bawah tanah di kawasan kolam air panas terkenal di Jerman
~ disaluti dengan 40% pati herba dan diselidik oleh R-Moyea Lab
~ 3 - 5 kali ganda padat dengan garam air laut biasa
~ merupakan bahan anti-lembap yang mantap (garam laut biasanya mudah larut)


LEMON
Kaya dengan mineral asli dan disaluti khas dengan ekstrak Lemon Mediterranean dan Bergamot.

Baik untuk:
- membersih, menyahkuman dan menegangkan kulit
- meneutralkan kulit berminyak
- bahan antiseptik

- menguatkan memori dan konsentrasi



SEAWEED

Ia diperbuat daripada rumpai laut berwarna perang yang amat kaya dengan gel dan vitamin semulajadi.

Mandian menggunakan garam ini selepas jogging atau senaman fizikal berat mampu mengembalikan keremajaan kulit dan melegakan otot.


Fungsi lain garam Seaweed ialah:

- melancarkan peredaran darah

- bahan anti-bakteria
- bahan pengelupasan (exfoliator) dan ketegangan kulit
- pelangsingan



MELISSA

Mengandungi pati rumusan lemon Melissa dan Indian Cymbopogon Winterianus.

Ia dirumus khas untuk tujuan:

- menenangkan fikiran
- meredakan keletihan
- memudahkan tidur
- menanggalkan kulit kematu
- mengembalikan keanjalan kulit

MINYAK MANDIAN AROMA MOYA

Terdapat 7 jenis minyak mandian MOYA. Ianya bebas bahan kimia, bebas alkohol dan diperbuat daripada tanaman semulajadi yang memiliki aroma terbaik.


LAVENDER (Tumpuan sistem URAT SARAF)

Untuk merawat : insomnia (susah tidur), darah tinggi, sukar lawas

Mengembalikan ketenangan dan keseimbangan



EUCALYPTUS (Tumpuan sistem PERNAFASAN)
Untuk merawat : selsema, batuk, sakit tekak, ketat dada, lelah (asthma), resdung, luka

Bersifat de-stress dan menyegarkan



CAMOMILE
(Tumpuan sistem KULIT)

Untuk merawat masalah kulit (kulit kering (eczema)/ kasar/ sensitif, jerawat, alergi, nyahjangkitan)

Membersih dan melembut



ROSEMARY
(Tumpuan sistem PEREDARAN DARAH)
Untuk merawat : darah rendah, metabolisma, migrain, radang salur pernafasan (bronchitis), keletihan

Mengembalikan keriangan dan keharmonian


PINE NEEDLE (Tumpuan pada TULANG)
Untuk merawat : sakit tulang, sendi, urat, serta melembutkan kulit

Memberi tenaga dan kekuatan





JUNIPER (Tumpuan pada OTOT)

Untuk merawat : bengkak, kejang, sakit otot serta menyah toksid

Menyaman dan menyucikan





HAYSEED
(Tumpuan pada SENDI)
Untuk merawat : radang sendi (arthritis), lenguh sendi, kelesuan,
gout

Melegakan serta meningkatkan keupayaan diri

KELEBIHAN SG2000 : MELANGSINGKAN BADAN












Ini adalah berita baik buat mereka yang inginkan bentuk badan yang lebih langsing dan tidak menggeleber. Bagaimana?


Bagi setiap 15 minit sesi mandian spa SG2000, sebanyak 300 - 400 kalori terbakar melalui hentaman jutaan buih ultrasonik dan tindakan FIR.


Semasa mandian, tumpukan buih-buih pada bahagian badan yang ingin dikurangkan lemak.


KELEBIHAN SG2000 : SENAMAN YANG MUDAH

Kebiasaannya tidak ramai yang gemar melakukan senaman, samada kerana terlalu sibuk, malas, tiada motivasi ataupun mengalami masalah kesihatan yang menghadkan pergerakan.


Anda tidak perlu berusaha keras sebegini lagi dengan adanya SG2000!

Melalui senaman pasif SG2000 ini, kadar peluh yang dikeluarkan adalah setanding dengan senaman atau larian sejauh 3 - 5km. Ini juga adalah kaedah senaman yang paling selamat.

KELEBIHAN SG2000 : MEMBERSIH SECARA MENDALAM

Ultrasound kini diaplikasikan dalam teknologi membersih bahagian halus seperti pada barang kemas atau cermin mata tanpa menggunakan ejen pembersih kimia. SG2000 yang mengandungi buih ultrasonik mampu mengeluarkan kotoran dari 150,000 liang roma yang terbuka.



Jika kelihatan kesan kotoran di sekeliling tub atau terapung di atas permukaan air itu adalah daki dan sel-sel mati dari dalam badan anda! Ini adalah hasil daripada proses nyahtoksid.

Bagi mereka yang menghidap pelbagai penyakit dan mengambil ubat-ubatan, air akan kelihatan sangat kotor pada pertama kali sesi mandian.


Pengeluaran toksid yang banyak memberikan kesan positif. Air mandian akan lama-kelamaan kembali jernih sekiranya anda kerap menjalani mandian spa dengan SG2000.

KELEBIHAN SG2000 : URUTAN BADAN SECARA MENYELURUH



Tekanan kuat urutan tradisional boleh memudaratkan permukaan kulit. Urutan air SG2000 adalah kuat tetapi tidak memudaratkan malah terasa lebih lembut. Liang roma yang terbuka membolehkan air memasuki sel kulit. Proses ini memperbaiki kemampatan tisu badan secara menyeluruh.

Buih ultrasonik menghasilkan 10 - 15 ribu getaran mikro yang menyumbang kepada kesan urutan dari tekanan seberat 1.5kg/cm padu.


Gambar menunjukkan kesan getaran mikro buih ultrasonik ke atas kulit. Urutan buih yang kuat menggegarkan kulit dan mengeluarkan toksid melalui liang roma yang terbuka luas.

5 minit mandian dengan buih ultrasonik menyamai 1 jam urutan profesional.

Maka, 15 minit mandian = 3 jam urutan!

Dengan penembusan buih-buih ultrasonik ini, kesan hidro-akupuntur akan dirasai pada seluruh 320 titik akupuntur di dalam badan anda.