2010/02/28

KELEBIHAN SG2000 : PEMANASAN DALAMAN

Adakah kesan ini sama jika anda menggunakan air panas, bukan mandian spa SG2000? Mungkin ya jika anda rendamkan diri anda selama 90 minit di dalam air panas bersuhu sekurang-kurangnya 42oC. Tetapi ini terlalu lama dan terlalu panas bukan?

Dengan bantuan buih ultrasonik dan suhu air pada 38oC, tulang kita akan dipanaskan selepas 10 minit pertama berlalu, dan seterusnya melancarkan peredaran darah. Sel-sel darah baru terbentuk dan sistem pertahanan badan akan ditingkatkan.


Kadar penyerapan buih ultra- sonik berlaku sebanyak:
13% di tulang,
3.3% di otot
,
0.0022% di dalam bendalir.


Biarpun bilik mandian anda berhawa dingin, anda tidak akan merasa kesejukannya akibat pemanasan dalaman atau '
internal warming' ini.


CIRI - CIRI SG2000 : SINARAN INFRA MERAH

Sebelum udara mampat memasuki air, ia akan lalu pada alas tab (tikar) SG2000 yang diperbuat daripada ketulan padat bio-seramik. Bio-seramik gunung berapi merupakan sumber asli bahan yang mampu menyimpan sinaran infra merah jauh (FIR).

Melalui pancaran FIR, haba panas menembusi tubuh melalui cairan dalam badan (darah dan air). Tulang dan organ dalaman tubuh dipanaskan (internal warming), justeru kapilari darah mengembang dan peraliran darah akan menjadi lebih lancar.

FIR menjadikan molekul air saling bergegaran
lantas mempercepatkan pengaliran darah

Kebaikan lain FIR adalah:

- memberikan tenaga, mengurangkan kelesuan dengan lebih bekalan oksigen kepada darah
- menyah toksid dan lebihan lemak
- meningkatkan kadar metabolisma
- mengimbangkan tahap asid dalam badan
- bahan anti-kanser, anti-stroke dan anti-penuaan

2010/02/27

CIRI - CIRI SG2000 : OZON & ION NEGATIF

Secara alami, udara segar dan ozon boleh didapati selepas hujan lebat dan ribut petir. Ozon membersih serta menyahkuman 3000 kali ganda berbanding klorin.

Ozon juga mampu menyah klorin, menjadikan air mandian lebih berkualiti. Negara maju menggunakan ozon untuk mengawal kebersihan kolam air renang.

Kelebihan lain ozon ialah:
- membersih dan menyah bau badan
- bertindak sebagai
pemutih kulit semulajadi

Pembentukan ozon melalui proses 'corona discharge' (ribut petir)

Mesin SG2000 didatangkan dengan 'ozone generator' yang menghasilkan ozon pada tahap selamat iaitu 0.05ppm (parts per million). Tahap ozon melebihi 0.1ppm dikategorikan merbahaya (toxic free radicals).

Apabila mesin SG2000 dipasang, oksigen (udara bilik) diserap ke dalam generator dan ditukar menjadi ozon melalui proses 'corona discharge'. Seperti rajah di atas, sebahagian ozon berpecah semula kepada oksigen, lalu menghasilkan persekitaran yang kaya dengan oksigen (289 kali g
anda lebih tinggi).

Pada masa yang sama, 5000 per cc ion negatif dibebaskan.Align Center
Pembentukan negatif ion semasa ribut petir
Udara segar dengan ion negatif terdapat di dalam hutan khasnya di sekitar kawasan air terjun. Untuk sihat, manusia memerlukan 1000 - 2000 ion di dalam badan.

Selain memurnikan udara sekeliling, ion negatif turut berfungsi untuk:

- mencegah
jangkitan
- menseimbangkan
hormon
- menggalakkan
pertumbuhan sel darah
- menngkatkan
kualiti tidur
- mengekalkan
kecergasan
- memperbaiki
sistem pernafasan
- meningkatkan kecerdasan
memori

CIRI - CIRI SG2000 : ULTRASOUND



Mesin SG2000 mengeluarkan udara dengan anggaran 46 liter per saat. Penolakan udara mampat keluar melalui 300 lubang kecil pada tikar dengan kadar frekuensi 80 - 100 kHz, menghasilkan jutaan buih. Buih ini bertembung dan pecah secara terus-menerus lalu menghasilkan ultrasound yang mencipta buih ultrasonik.

MENYAMAI KOLAM AIR PANAS


6 lokasi kolam air panas ajaib di Jepun

Bayangkan seluruh badan kita berendam di dalam kolam air panas - itulah yang telah menjadi amalan turun-temurun masyarakat Jepun. Terdapat lebih daripada 300 kolam air panas di seluruh negara Jepun, tetapi hanya 6 sahaja yang terkenal dengan kesan keajaiban terhadap pelbagai jenis penyakit.

Kajian telah membuktikan jangka hayat manusia yang umurnya melebihi 90 tahun kebanyakannya adalah di kalangan orang Jepun yang mengamalkan mandian kolam air panas.



Hasil kajian lain oleh Prof. Hashimoto dan rakan-rakan dari JP Industry Universities mendapati aktiviti gunung berapi di sekeliling 'kolam air ajaib' tersebut meledakkan jutaan buih berkelajuan tinggi yang berada di bawah kolam tersebut. Pertembungan dan perpecahan di antara buih-buih itulah yang menghasilkan ultrasound semulajadi, dan ianya terbukti teraputik.

Mesin SG2000 terdiri daripada 3 elemen iaitu
ultrasound, FIR dan ozon / ion negatif - lalu mendapat jolokan mesin 3 dalam 1.


Onsen Ryokan - mandian 'hot spring' terkenal di Jepun

CARTA PERBANDINGAN - SPA SG2000 vs. Sauna, Jacuzzi dan Mandian Biasa

MESIN SPA SG2000

Mengapa anda perlu memiliki mesin spa SG2000?



TEKNOLOGI ... dari Jerman, terkini, ringan

MUDAH ... pemasangan DIY (do-it-yourself), mudah alih, mesra pengguna

JIMAT ... penggunaan elektrik 110V atau 220V

BERSIH ... menggunakan peralatan di rumah sendiri, dapat elak dari terdedah kepada penyakit berjangkit

'
PRIVACY' ... bebas melalukan apa sahaja tanpa gangguan di rumah

SELESA ... boleh diguna pada bila-bila masa oleh seluruh ahli keluarga

SELAMAT ... menepati standard piawaian kualiti Canada dan USA (CSA), Eropah (CE dn DNV) dan Asia (TUV), jaminan insuran seluruh dunia, hak pendaftaran rekabentuk dilesenkan di China, Taiwan dan Thailand

DIJAMIN ... 1 tahun '
warranty', khidmat penyelenggaraan seumur hidup

DIIKTIRAF ... digunapakai di lebih 45 negara; di Thailand diterima sebagai peralatan tambahan di 5 buah hospital kerajaan

EKONOMI ... kos serendah RM 15 bagi satu sesi mandian termasuk penggunaan air, elektrik dan minyak mandian MOYA dibandingkan dengan kos perbelanjaan ke atas pakej spa, mengurangkan kos rawatan kesihatan

LENGKAP ... rekabentuk moden dilengkapi dengan kawalan masa dan kekuatan buih mandian

FLEKSIBEL ... alas seramik FIR, mudah dibersihkan, sesuai untuk sebarang saiz tab mandian


2010/02/26

Sebastian-Kneipp-Schule Bad Wörishofen



Foto-foto eksklusif ini diambil di Institut Hidroterapi Sebastian Kneipp



APA ITU HIDROTERAPI?

Hidroterapi atau terapi air ialah penggunaan air untuk merawat dan melegakan penyakit.


Sejarah Hidroterapi

Terapi air telah mula diimplementasikan sejak tamadun Mesir, Yunani dan Roman.
:::
mandian beserta minyak pati dan bebunga seperti yang diamal oleh golongan diraja Mesir
::: pemerintah Roman telah menyediakan kolam mandian untuk kegunaan awam
::: Hippocrates telah menyarankan mandian dalam kolam air bagi tujuan merawat penyakit

Gelaran 'Bapa Kesihatan' telah dianugerahkan kepada nama yang tidak asing lagi dalam dunia hidroterapi, iaitu Dr Sebastian Kneipp (1821 - 1897, Jerman).


Dr Sebastian Kneip
p

Beliau merupakan seorang paderi di Jerman. Sewaktu menjalani pengajian theology (ilmu ketuhanan), beliau telah diserang penyakit tuberculosis (TB).

Pada masa itu TB masih belum ada ubatnya.
Kebetulan beliau berpeluang membaca buku bekaitan hidroterapi hasil karya Dr Hahn (1734).

Melalui bacaan itu beliau menguatkan semangat untuk berendam di dalam air berais pada musim salji di Danube.

Hasilnya, rawatan ais tersebut telah berjaya mengembalikan stamina fizikalnya, menguatkan sistem pertahanan badan, sehinggalah beliau pulih daripada penyakit TB dan mampu menamatkan sesi pengajiannya.


Terdapat banyak resort spa 'Kneippanlage' di kawasan pergunungan Eropah. Gambar di atas adalah salah sebuah daripadanya yang terdapat di Austria.

Sebagai salah seorang daripada pengasas pergerakan Perubatan Naturopati, Kneipp telah dikaitkan dengan istilah 'The Kneipp Cure', yang mempromosikan sistem rawatan secara holistik.

Sistem ini terdiri daripada 5 aspek utama kehidupan iaitu:


1. terapi air

2. herbalism (perubatan botani)


3. senaman


4. pemakanan seimbang


5. kerohanian


Kneipp juga berperanan sebagai
seorang kaunselor dan telah mengendalikan ceramah kesihatan untuk beribu-ribu individu dari serata dunia. Antara karya beliau ialah "My Water Cure", "Thus Shalt Thou Live" dan "My Will".

Rujukan Wikipedia : Sebastian Kneipp

APA ITU SPA?

SPA menurut frasa Latin "Solus Per Aqua" atau "Sanitas Per Aquam" membawa maksud 'kesihatan melalui air'.

Sejarah Perkataan Spa

::: Bersempena dengan nama sebuah bandar di negara Belgium. Bandar ini mengandungi air chalybeate, iaitu sejenis air mineral yang tinggi kandungan zat besi dan bersifat menyihatkan.

::: Sejak zaman pertengahan Eropah (The Middle Ages), penyakit kekurangan zat besi telah dirawat menggunakan kaedah minuman air tersebut.


::: Pada abad ke-16, teknik mandian perubatan spa diadaptasikan di kota Bath, England.



Kolam Air Panas Roman di Kota Bath, England


::: Pada 1571, William Slingsby telah menemui air chalybeate di Yorkshire, England sekembalinya dari bandar Spa Belgium. Ekoran daripada penemuan itu, beliau membina sebuah telaga di Harrogate yang menjadi resort minuman air perubatan pertama di England.

Telaga Air Chalybeate

::: Pada 1596 pula, Dr Timothy Bright menggelarkan resort tersebut "The English Spaw". Istilah spa bukan sahaja dihadkan kepada resort minuman (terapi dalaman) malah ia turut merujuk kepada resort mandian (terapi luaran).

Rujukan Wikipedia : Spa

SELAMAT DATANG!


Spasyifa.com memaparkan SG2000, sejenis mesin spa dengan kaedah rawatan melalui buih ultrasonik, sinaran infra merah (FIR) dan ozon yang mudah untuk dikendalikan di dalam bilik mandi anda. Produk lain seperti minyak aroma dan garam herba MOYA telah dirumus khas untuk melengkapkan lagi mandian buih anda.

Sila layari web kami untuk maklumat lanjut berkenaan produk-produk Spasyifa.

Proses yang terdapat dalam SG2000:

* Urutan badan secara menyeluruh
* Nyah bakteria
* Nyah toksid
* Melegakan keletihan
* Menyegarkan sel-sel badan
* Meningkatkan kecergasan fizikal
* Kecantikan, penjagaan kulit
* Kelangsingan badan.

Kami juga menawarkan peluang perniagaan bagi individu mahupun syarikat dari seluruh dunia untuk memasarkan produk ini di mana-mana lokasi pilihan anda.

Hubungi kami untuk maklumat lanjut.


Selamat mencuba!