2010/02/26

APA ITU HIDROTERAPI?

Hidroterapi atau terapi air ialah penggunaan air untuk merawat dan melegakan penyakit.


Sejarah Hidroterapi

Terapi air telah mula diimplementasikan sejak tamadun Mesir, Yunani dan Roman.
:::
mandian beserta minyak pati dan bebunga seperti yang diamal oleh golongan diraja Mesir
::: pemerintah Roman telah menyediakan kolam mandian untuk kegunaan awam
::: Hippocrates telah menyarankan mandian dalam kolam air bagi tujuan merawat penyakit

Gelaran 'Bapa Kesihatan' telah dianugerahkan kepada nama yang tidak asing lagi dalam dunia hidroterapi, iaitu Dr Sebastian Kneipp (1821 - 1897, Jerman).


Dr Sebastian Kneip
p

Beliau merupakan seorang paderi di Jerman. Sewaktu menjalani pengajian theology (ilmu ketuhanan), beliau telah diserang penyakit tuberculosis (TB).

Pada masa itu TB masih belum ada ubatnya.
Kebetulan beliau berpeluang membaca buku bekaitan hidroterapi hasil karya Dr Hahn (1734).

Melalui bacaan itu beliau menguatkan semangat untuk berendam di dalam air berais pada musim salji di Danube.

Hasilnya, rawatan ais tersebut telah berjaya mengembalikan stamina fizikalnya, menguatkan sistem pertahanan badan, sehinggalah beliau pulih daripada penyakit TB dan mampu menamatkan sesi pengajiannya.


Terdapat banyak resort spa 'Kneippanlage' di kawasan pergunungan Eropah. Gambar di atas adalah salah sebuah daripadanya yang terdapat di Austria.

Sebagai salah seorang daripada pengasas pergerakan Perubatan Naturopati, Kneipp telah dikaitkan dengan istilah 'The Kneipp Cure', yang mempromosikan sistem rawatan secara holistik.

Sistem ini terdiri daripada 5 aspek utama kehidupan iaitu:


1. terapi air

2. herbalism (perubatan botani)


3. senaman


4. pemakanan seimbang


5. kerohanian


Kneipp juga berperanan sebagai
seorang kaunselor dan telah mengendalikan ceramah kesihatan untuk beribu-ribu individu dari serata dunia. Antara karya beliau ialah "My Water Cure", "Thus Shalt Thou Live" dan "My Will".

Rujukan Wikipedia : Sebastian Kneipp

No comments:

Post a Comment