2010/02/26

APA ITU SPA?

SPA menurut frasa Latin "Solus Per Aqua" atau "Sanitas Per Aquam" membawa maksud 'kesihatan melalui air'.

Sejarah Perkataan Spa

::: Bersempena dengan nama sebuah bandar di negara Belgium. Bandar ini mengandungi air chalybeate, iaitu sejenis air mineral yang tinggi kandungan zat besi dan bersifat menyihatkan.

::: Sejak zaman pertengahan Eropah (The Middle Ages), penyakit kekurangan zat besi telah dirawat menggunakan kaedah minuman air tersebut.


::: Pada abad ke-16, teknik mandian perubatan spa diadaptasikan di kota Bath, England.



Kolam Air Panas Roman di Kota Bath, England


::: Pada 1571, William Slingsby telah menemui air chalybeate di Yorkshire, England sekembalinya dari bandar Spa Belgium. Ekoran daripada penemuan itu, beliau membina sebuah telaga di Harrogate yang menjadi resort minuman air perubatan pertama di England.

Telaga Air Chalybeate

::: Pada 1596 pula, Dr Timothy Bright menggelarkan resort tersebut "The English Spaw". Istilah spa bukan sahaja dihadkan kepada resort minuman (terapi dalaman) malah ia turut merujuk kepada resort mandian (terapi luaran).

Rujukan Wikipedia : Spa

No comments:

Post a Comment